Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawarMu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepadaMU dan kepada RasulMU. Ya Allah, zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat. Ya Allah, anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya, dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
Showing posts with label Kaki Wayang. Show all posts
Showing posts with label Kaki Wayang. Show all posts

Wednesday, 7 December 2011

Demam Ombak Rindu

OMBAK%2BRINDU SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN

Semlm ina pegi tgk movie OMBAK RINDU dkt The Curve dgn en suami... sampai je kt situ, terus pegi cinema beli tiket... tiket pukul  12.05 tgh... lps beli tiket jumpa kwn en. suami sekejap... lps tu terus b'gegas pegi kt cinema... nasib baik lum start lg movie... bile start je movie mmg layan abis... best sgt ceritanye... sedih gile... ditambah dgn lagu tema yg m'dayu2... lg la sedih.... sampai mengalir air mata ina tgk movie nie... en suami kt sebelah pun menangis... ina pernah baca novel ombak rindu tp x ingt dh jalan ceritanye mcm mane... ye la... masa zaman sekolah dulu... tp novel dia mmg best...


Byk babak yg m'buatkan ina & en suami mengalirkan air mata... antaranya, bile Hariz (Aaron Aziz) minta Izzah (Maya Karin) jgn tinggalkan dia... time tu hariz ckp jgn panggil sy ENCIK, tp panggil abg... abg suami izzah... mmg sedih la part tu... nk2 hariz menangis masa tu... babak tu kt celah2 batu tepi pantai... mmg kwsn yg strategik la... hihihi... lps tu babak kt dlm bilik umah pak dolah... dia org berpelukan... kemudian pak dolah dgn isteri dia masuk & t'kejut dgn keadaan dia org waktu tu... terus haris b'terus terang yg dia org dh kawin selama 2 thn... apa lg, pak dolah & isteri mengucap kesyukuran krn itu yg mereka inginkan... mengalir lg air mata ina masa nie... 

Kemudian babak masa haris kemalangan... izzah curi2 masuk dlm wad sbb takut dimarahi ibu haris... masa tu dia baca yasin, solat & b'bual dgn haris yg tgh koma... waaaaa.... nangis lg... lps tu babak haris marahkan izzah sbb percaya fitnah dr ibunya... haris katakan pd izzah dia tidak akan cerai izzah tp dia akan gantung izzah x b'tali... izzah yg mengejar haris terus t'jatuh sehingga tumpah darah sbb pregnant... sedih sgt2 masa nie... last sekali ina sedih masa dia jumpa izzah nk minta maaf... sedih sgt kata2 hariz masa tu... mmg byk la babak yg menyedihkan dlm movie nie... ape2 pun mmg layan abis... rasa nk tgk lg sekali...



SINOPSIS OMBAK RINDU
Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures...

mk1 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah kerana hilang di laut ketika m'cari rezeki di laut. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya? 

mk2 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah: MAYA KARIN, AARON AZIZ, LISA SURIHANI, BRONT PALARAE, AZIZAH MAHZAN, ZAIDI OMAR, NORMAH DAMANHURI & JULIA ZIEGLER.

Thursday, 13 October 2011

Filem Al Hijab

Assalamualaikum.... Ari nie ina nk cite psl filem Al Hijab. Korang dh g tgk lum? Ina br je g tgk ari selasa lps dgn hubby. Filem nie blh tahan. Ada part2 yg m'debarkan, menyeramkan & menakutkan. Ina kalau tgk cerita yg menyeramkan ina suka tutup mata dgn tudung. Kalau tiba part yg menakutkan ape lg, terus angkat tudung tutup mata. Ina nie pun penakut jgk sbnrnye. hihihi..... 

B'blk pd filem Al Hijab, Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama  untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.



Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.


Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.  Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu? jeng... jeng... jeng....


Pelakon filem Al-Hijab: Pierre Andre, Nur Fathia, Maimon Mutalib, Nor Albaniah, Aziz M.Osman, Khir Mohd Noor.