Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawarMu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepadaMU dan kepada RasulMU. Ya Allah, zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat. Ya Allah, anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya, dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Tuesday 18 October 2011

Pancake with ice cream & honey....

pancake with ice cream & honey
Pancake nie ina buat ptg td atas p'mintaan en. suami.... masa tu tgh hujan lebat... tiba2 en suami ckp "syg, buat pancake"... so ape lg... terus masuk dapur cari bahan... cewah... laju jer nk buat... hihihi... kalau korang nk tau, tepung pancake dh ade sbnrnye... tinggal nk bancuh je... hihihi... tepung pancake nie ina beli masa pegi tesco ari tu... brand nona... sbnrnye ina prnh mkn pancake yg dibuat dari tepung brand nona tu... masa tu pegi umah kwn en. suami... dia buatkn pancake guna tepung pancake nona... sedap jgk rasanye... nk2 mkn dgn aiskrim... lg la b'tmbh sedap... jd bile dh t'jumpa tepung tu je, terus ina beli... bkn ape... senang nk buat... hihihi... cuma tmbh telur & myk sikit... dh jadi... nie la menu utk minum ptg ari nie... kebetulan en. suami ade kt umah ptg td... dia x de kelas... so blh la buat minum ptg... selalunye sorg2 je kt umah... x de la nk buat minum ptg... x seronok minum ptg sorg2 nie... huhuhu... tp kn ade ke minum ptg dgn aiskrim??? masa tgh hujan plak tu... layan jer la... tp ina tetap buat air teh o panas jgk... ermmm... mmg sedap... =)

Monday 17 October 2011

8P.... dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Assalamualaikum semua.... x tau mlm nie nk tulis ape... tp td masa tgh2 surfing internet t'jumpa petua nie kt blog http://ellyfadli.blogspot.com.... petua utk kebahagiaan rumahtangga @ suami isteri dari Ustazah Siti Nur Bahyah... so ina nk share petua nie dgn korang semua... blh dijadikan panduan utk kite semua...  Ustazah Siti Nor Bahyah berkata :

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'.

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahayah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. "Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Sunday 16 October 2011

Kehamilan.....????


Mlm nie tiba2 rasa nk tulis pasal kehamilan sambil2 melayan program realiti "vokal bkn sekadar rupa"... emmmm... bila sebut je perkataan mengandung @ pregnant, terus je hati ina t'sentuh... sayu rasanye... al maklumlah, dh 7 bln ina kawin tp masih belum ade tanda2 ina pregnant... teringin sgt2 nk ade baby sendiri... mungkin belum ade rezeki... kdg2 bile tgk member2 dh ade anak, t'sentuh hati nie... nk2 bile dpt tau member2 yg kawin lps ina dh pregnant, lg la sedih... tp semua tu kehendak Allah... rezeki masing2... Allah dh sediakn yg t'baik utk hamba2NYA... setiap ape yg b'laku pasti ade hikmahnye.. ayat2 tu yg m'beri kekuatan kt ina... Insyaallah...

Pernah sekali tu masa bln 7 yg lps, ina ingat ina dh pregnant... masa tu period ina lewat seminggu... so ingatkan dh ade rezeki... ape lg, pg2 ari terus amik pregnancy test kit... nk test la kononnye.. skali bile dh test keputusannya -ve... sedih sgt2 masa tu... terus mengalir air mata... hubby yg byk bg nasihat... hubby ckp belum ade rezeki lg... sejak dari ari tu, kalau period ina lewat je ina buat mcm biasa... takut nk buat test lg.. takut kecewa... =(


Bile search kt internet, mcm2 yg ina baca psl para isteri yg masih belum hamil... ade tu dh 10 thn kawin tp masih lg belum ade rezeki utk hamil... mcm2 usaha yg dia org dh lakukan... tp masih belum ade rezeki... tp dia org masih lg terus b'usaha... jd bile dh baca mcm nie, ina selalu b'kata pd diri ina supaya terus b'usaha, b'sbr, b'doa, b'serah & b'tawakal pd Allah... yg penting ina perlu yakin pd Allah... Insyaallah... sbnrnye kn mcm2 petua utk mudah hamil yg dh ina baca kt internet... slh satunye ialah minum air rebusan anak tauge... rendam kcg hijau2 hari hingga jd tauge... then, rebus anak tauge tu... minum air rebusannye selama sebln... Alhamdulillah, ade yg dh b'jaya dgn amalkan petua nie... tp semua tu di atas kehendak & keizinan allah s.w.t ... yg penting usaha & tawakal pd Allah... kalau x usaha mane nk ade hasilnye kn... tp kn ina x tau nk cuba ke x petua nie sbb ina x suka tauge.... hihihi... kdg2 tu rasa nk try jgk... kot2 la ade rezeki... =)... Skrg nie ina amalkan doa Nabi Zakaria a.s... 

Surah Ali-Imran ayat 38 yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”

Surah al-Anbiya ayat 89 yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”

kpd kwn2 ina, jgn lupa doa2kn la utk ina ye supaya ina cpt hamil... teringin sgt2 nk peluk baby sendiri... ;)

Thursday 13 October 2011

Filem Al Hijab

Assalamualaikum.... Ari nie ina nk cite psl filem Al Hijab. Korang dh g tgk lum? Ina br je g tgk ari selasa lps dgn hubby. Filem nie blh tahan. Ada part2 yg m'debarkan, menyeramkan & menakutkan. Ina kalau tgk cerita yg menyeramkan ina suka tutup mata dgn tudung. Kalau tiba part yg menakutkan ape lg, terus angkat tudung tutup mata. Ina nie pun penakut jgk sbnrnye. hihihi..... 

B'blk pd filem Al Hijab, Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama  untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.



Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.


Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.  Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu? jeng... jeng... jeng....


Pelakon filem Al-Hijab: Pierre Andre, Nur Fathia, Maimon Mutalib, Nor Albaniah, Aziz M.Osman, Khir Mohd Noor.

Monday 10 October 2011

Cendawan Goreng... nyum..nyum...

cendawan goreng + sos cili
Cendawan goreng nie ina msk tgh ari td. Tgk kt dlm peti ais ade cendawan lg, terus t'fikir nk buat cendawan goreng. Senang je nk buatnye. Bahan2nye: cendawan, telur, tepung goreng ayam, tepung beras, garam & minyak. Mula2 gaulkan cendawan dgn telur. Kemudian masukkan tepung goreng ayam & tepung beras. Ina letak tepung beras sikit sbb nk bg rangup. Lps tu letak garam. Gaul hingga sebati. Akhir sekali goreng cendawan hingga garing. Ok, dh siap cendawan goreng. Mmg sedap la kalau mkn masa cendawan tgh panas lg. Kalau korang nk tau, sos cili tu pun ina buat sendiri. Mak ina yg ajar. Tak susah nk buat sos cili nie. Ina cuma guna cili kisar, sos cili, gula & garam. Campurkan semua bahan tu. Kemudian masak hingga sos jd pekat. Senang sgt kn. Korang blh la cuba lps nie. "selamat m'jamu selera"

Sunday 9 October 2011

Siap jugak akhirnya.... yahooo...

nie la hasilnya... comel x??? hihihi
Alhamdulillah, ari nie ina dh b'jaya buat blog sepenuhnya. Setelah beberapa ari ina duk ngadap laptop je. Nasib baik hubby x bising. hihihi.... Tp ala kadar je la blog ina nie. Almaklumlah, belum cukup mahir. Mcm mane la ina x duk ngadap laptop nie lama2. Ade je benda yg nk diubah. Mula2 tu cari template yg sesuai. Dh jumpa cari background plak. Dh x t'kira brp kali ina duk ubah template. Background lg la. Asal jumpa background cantik terus tukar. Last2 x sesuai plak dgn template. Naik b'pinar biji mata ina nie. Byk jgk la blog yg ina follow nk cari tutorial blog. Byk yg ina dpt dari blog dia org. Terima kasih buat korang semua. Insyaallah, ina nk upgrade lg blog ina lps ni. Followers pun x de lg nie. huhuhu... Mcm2 la ina blh tulis kt sini lps nie. hihihi =)

Friday 7 October 2011

Blog oh Blog



Teknologi semakin canggih & semakin ramai pengguna internet yg dh bina blog sendiri tp ina br b'jinak2 nk buat blog. Sbnrnya mmg dh lama teringin nk blog sendiri tp mood nk buat tu x dtg2. hihihi.... So dgn masa yg sgt2 byk t'luang skrg nie, alhamdulillah ina dh b'jaya buat blog ina sendiri. Susah jgk nk buat mula2 tu. Mcm2 nk kena search sbb ade yg x tau nk buat mcm mane. Tp semua tu kn ilmu. Ape lg, mcm2 la ilmu yg ina dpt. Tp blog ina nie masih lg dlm peringkat p'mulaan. Byk lg nk kena edit. Jadi, fhm2 je la kalau blog x brp nk cantik. huhu... Tgk blog org lain cantik2 jer.. Jealous jgk. hihihi... Tp x pe, ina akan upgrade blog ina dari semasa ke semasa. Al maklumlah, org br belajar. Kena la mula dr bwh... =)