Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawarMu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepadaMU dan kepada RasulMU. Ya Allah, zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat. Ya Allah, anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya, dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Friday 9 December 2011

8 Minggu = 2 Bulan

Alhamdulillah, hari nie kandungan ina dh masuk minggu ke 8 (2 bln)... setakat nie, kesihatan ina mcm biasa je... cuma kdg2 pening, loya & muntah... pg td pun muntah jgk... abis susu yg ina minum keluar blk... ptg plak rasa pening kepala... nasib baik en suami ada simpan myk cap kapak dlm kereta... dh sapu myk baru rasa lega... nie pun masih lg rasa loya2 & pening... sbnrnya skrg nie ina risau sbb ade b'laku p'darahan... tp x byk... darah tu warna coklat campur dgn lendir... minggu lps ada jgk.. dlm sehari dua je... lps t b'henti... skrg nie pun sama jgk... ina ada jgk search kt internet... so inilah yg ina dpt...

Sebab-sebab utama berlaku pendarahan:


1. Pendarahan Implantasi

Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi. Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi. Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah, jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja. Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.

2. Keguguran
Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda akan gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak mengalami keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah daripada mengandung janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.

3. Hamil di luar rahim (Ectopic Pregnancy)
Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah kehamilan di luar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ini berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan.

4. Kandungan Anggur
Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahaan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal hasil dari persenyawan yang membesar dengan cepat didalam rahim. Tiada janin didalam kehamilan ini.

5. Ketumbuhan pada pangkal Rahim
Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.

6. Placental Abruption
Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh akan menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami placenta abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan dengan kesakitan pada perut.

7. Placenta Previa atau uri di kedudukan bawah
Apabila uri berada pada kedudukan bawah, Ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan placenta preavia. PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekinya berlaku pendarahan.

8. Tanda Bersalin
Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mukus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ia dipanggil show. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.

No comments:

Post a Comment